Custom Search

Friday, October 21, 2016

Kanvas Pertama Saya!

Assalamualaikum

#throwback beberapa hari dan minggu yang lalu. Betapa sukarnya nak cari kanvas lukisan di Melaka, sehinggalah sy tanya sorang member ofis lama, dan at last! Saya jumpa kanvas tu kat alor gajah. Thank you kepada semua yg membantu. Budak baru belajar mmg kena banyak bertanya. Kedai ni bakal jadi art material supply saya.hihi.

Bukan sorang dua sy tya. Macam2 org, even yang top2 artist pn sy dok mengorek info. Mostly dorang beli barang2 art ni di luar melaka sebab lebih banyak pilihan. Tapi saya yakin mesti ade kedai art dlm melaka. Hah, jumpa yg ni:

Kat Alor Gajah nun. Huanyo Marketing

Puas cari smpi ke Muar, popular, mph,dalam Zalora, Lazada, online shop, n mcm2 kedai stationary mak redah, tapi xjumpe yg saiz mcm customer nak. Jadi, 4'x3' dijumpai di sini! Syukur!

Oh ya, beza warna2 acrylic di tempat sy, dan di sini, RM6 oit. Sini lebih berpatutan. Jadi, kedai ni bakal jadi sasaran sy utk beli brg2 art.

Kita wefie sat. Haha!

Mula2 ada order Kat satu kedai stationary ni. Then bila smpi brg tu ke kedai, kilang tu salah bagi saiz untuk kanvas tu.tergedabak besarnya. Jadi customer memang xnak. Yg best nya customer ni mmg penyabar orangnya!  Alhamdulillah. Dan lakaran utk lukisan yg customer minta pn dibuat dulu:

Lakaran sahaja

Dan ini feedback customer:


Hepi dapat feedback camni wei

Sekarang kerja2 melukis in progress. Moga dipermudahkan segala urusan:)

Korang ada tempat2 yg supply brg2 art? Meh tggalkan komen:)

P/S: pernah guna kanvas sekali je kot. Zaman2 sekolah. Tahun berapa dah x hengat. 


byLilisari



2 comments:

  1. Salam singgah. Wahhh menarik blog ni, banyak lukisan. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wahh pandai melukis ehhh ... orang berjiwa seni ni jiwanya halus .. :)

    ReplyDelete