Custom Search

Friday, October 14, 2016

Lukisan Dinding? #throwback

Assalamualaikum

Lewat malam nak ke pagi ni saya belanja satu cerita lama. Lama tak berapa lama juga. Adela dalam beberapa bulan lepas. #throwback before ramadhan yang lalu. Memang dah berazam nak buat lukisan dinding ala2 mural tu untuk hias rumah sempena nak menyambut syawal masa tu. 

Tanpa berlengah, saya pun google cari gambar yang sesuai. DAN saya terrjumpa gambar seperti di bawah..jeng jeng jeng...!


Pandang je terus berkenan!

Mengancam tak?? Memang mengancam. Cantik dan sesuai untuk hiasan di bilik tidur. Tapi kita taknak lukis di bilik tidur. Sebab saya rasa laluan dari ruang tamu nak ke dapur tu macam kosong, Jadi bila semangat berkobar2 (perkataan favourite ni) datang, saya terus lakar atas kertas A3 yang dah dicantum2 menggunakan salotape, dengan bantuan 'pembantu sukarela' a.k.a. anak2 saya(haha), kira lepas lah untuk separuh bentuk love tu, Lebih kurang dalam 3 helai A3 paper secara melintang disusun(maaf tak sempat nak snap gambar cara pembuatannya). 

Tak perlu susah2 susun kertas sampai jadi penuh bentuk love tu. Kita buat separuh pun dah memadai. Lakaran pun bermula (bentuk half love sahaja). Kali ni dengan bantuan BOSS BESAR a.k.a my husband. Haa BESAR kan tulisan tu. (Haha! lagi). Dan tekap, lukis. SIAP! (untuk separuh je.)

Lagi separuh mana? Mudah sahaja, terbalikkan dan terus tekap untuk separuh lagi. Okla, saya tengah rajin, jadi saya illustrate sikit kat bawah ni. Refer gambarajah di bawah. Wah, dah macam soalan exam:

Ha, jangan lupe potong yang hujung tu ye. kang tak jadi bentuk love, jadi segiempat pulaks


Nak tekap dan lakar pn bukan mudah. kena ukur juga kiri kanan dinding untuk pastikan tak senget dan tak tinggi sangat. Faham ke faham? DAN yang penting...anak2 tak bole capai. Sebab nanti dia pun nak menambah 'hasil seni' di dinding jugak.(Kihkih)


Lakaran dalam

Dalam gambar google nampak senang je, tapi bila nak mulakan lukisan dalam tu..mak hoi..hazab. Terlenggok sana, terlenggok sini. Menari2 semua anggota. Jadi, berbekalkan bakat yang ada, saya lukis ikut sukahati mak aku. Haha. Freehand terus!


Pemilihan warna

Asalnya nak warna yang sama macam dalam gambar google tu. Disebabkan saya malas nak blend colour banyak2..dan saya dah tetapkan bajet tak lebih dari RM10 (kunun sangat!), jadi saya pilih 2 warna sahaja yang saya rasakan sesuai, iaitu PINK dan PURPLE. Lebih la juga RM10, total dalam RM12 camtu. Sebotol enam hengget lebih kau. Untuk kekalkan tip berjimat cermat dalam pembikinan lukisan dinding ni, kita pilih warna yang sesuai dengan kos yang sedikit. 

Jujurnya, saya tak pasti nak guna medium apa. Teringat dulu buat mural pakai PELAKA, maka saya pun guna warna PELAKA. Macam kat bawah ni:




Sebenarnya kan, lakaran da siap awal sangat. TAPI..proses mewarna makan berbulan dan berminggu lamanya. Maka beberapa hari sebelum raya inilah hasilnya: 

Can you feel the movement?



Siap bila?

Siapnya lukisan ini adalah pada Hari Raya ke 6, iaitu setelah beberapa rakan dan taulan datang ke rumah! ahaha.. raya ke 6 baru siap dik non. Tengok jauh2 je, jangan tengok dekat, nampak celanya nanti !

Akhirnya..TADAAAA....~

Hasil mewarna berminggu -mingguan, berbulan-bulanan

Alhamdulillah siap!

Korang pun boleh cuba! Selamat berjaya u olls~


byLilisari

No comments:

Post a Comment