Custom Search

Wednesday, October 12, 2016

Melukis. Bagaimana saya bermula?

Assalamualaikum

Entry kali ni mengenai penglibatan saya dalam dunia lukisan.
Kalau cakap tentang melukis, memang saya paling suka sangat, lagi2 bila tiba subjek pendidikan seni masa di sekolah dahulu. Bermulanya saya tahu saya ada bakat melukis ni sejak zaman sekolah tadika sebenarnya. Saya masih ingat lagi, waktu tu ramai murid2 yang memang sebaya saya diarahkan oleh cikgu untuk melukis apa sahaja yang kita mahukan. Ada yang lukis haiwan, rumah, kereta dan macam2 lagi.

Apa yang saya lukis waktu tu? Rumah kampung, ayam tengah makan, rumput dan macam2 lagi yang saya lukis sampai saya pun tak sedar waktu sy melukis tu budak2 lain semua dah pegi rehat. haha
Syok sangat melukis sampai tak sedar yang lain da pergi makan.

Then, masa tadika masuk pertandingan melukis, masuk berita RTM lagi kau. Tapi tak menang pun.. Nak enterframe je lebih..Saya dapat tau saya memang boleh melukis potret start masuk sekolah menengah. Untuk makluman korang, saya pernah memenangi pertandingan melukis sebanyak 5 kali. Dan kelima2 nya adalah JUARA uolls. Alhamdulillah rezeki kan. Bermula dari melukis potret sempena hari guru. Saya minta gambar pada cikgu seni sy sebab memang nak cuba. Tup tup menang tempat pertama. Dan seterusnya pertandingan melukis sempena sambutan kemerdekaan, dan seterusnya..

Tapi yg tak best, utk melukis potret sempena hari guru tu, saya xdpt dtg hari ambil hadiah tu sebab saya demam, tak sihat. saya dapat tahu pn dari adik sy yg bersekolah di sekolah yang sama. Sekolah mana? SMK SERI MAHKOTA, UMBAI. Banyak kenangan kat situ OIII.. nak cerita sampai esok pun tak habis!

Seni tu subjektif. Bila melukis kena ada jiwa jadi yang memandang akan rasa apa yang pelukis rasa. Ini betul2 bukan cobaan ya;) Ok stop sini dulu. Jumpa dalam next entry! Stay tune

byLilisari.


No comments:

Post a Comment