Assalamualaikum.
Harini saya taknak membebel. Jadi entry ini khas untuk saya
pamerkan hasil seni saya. Nak masuk pameran tak tahu lagi bila. (Haha). Jadi
kita pamer syoksendiri di blog dahulu. Oh ya, saya memang buka tempahan melukis
potret/apa2 jenis lukisan lain seperti buah2an, kucing ke, atau bunga2 ya.
Boleh pm/wassap saya di 0129029544 (Lili)
Orait, lets start!
Taylor Swift, Kajol
Yang di bawah ini lukisan Taylor Swift yang xberapa nak Taylor, Kenapa saya kata begitu? Sebab sebelum saya melukis yang ini, lama juga saya tinggalkan hobi melukis tu. Jadi kekok masih ada barangkali. Beberapa tahun sebelum tu ada saya melukis penyanyi kesukaan masa zaman remaja. Dah bagi pada member di tempat kerja lama sebagai hadiah. Konon2 jiwa rockers tak hengat dunia, Avril Lavigne dari Canada tu. Tak kenal? Jap lagi saya tepek gambar dia kat bawah ea..
 |
Haa..ni la dak Taylor tu. Minat dengan dia ni sampai setiap kali karaoke nak nyanyi lagu dia |
 |
OK, CLOSE UP sikit. Eh ada nombor telefon pulak. HIHI. Senang kan kalau nak tempah. Boleh wassap terus! |
Untuk lukisan Taylor Swift ni saya gunakan medium pensel 2B.
Sebab saya tak sempat nak beli pensel 6B, 7B, 8B dan sebagainya sebab hati masa
tu berkobar2 nak lukis gambar dak Taylor ni. Ya, semangat berkobar2 sebab mood
dah datang.
Satu perkara yang korang kena tahu, pelukis takkan setiap
masa melukis. Mereka juga perlukan waktu untuk cari ilham, idea, mood dan semua
yang seangkatan dengannya. Tak caya? Tanya pelukis2 otai. Serious talk sebab,
pengalaman sendiri, bila kita melukis dalam keadaan tergesa2, tak ready,
rushing, nak cepat segala, lukisan tu takkan menjadi. Atau dalam kata lain,
tiada jiwa.
Jadi, bila saya melukis? Waktu malam bila takda orang.
Maksudnya semua dah tidur. Pastu melukis bertemankan air kopi. Bertemankan lagu2
(sometimes). Lagu rancak, jangan pasang lagu slow. Nanti dengan kau2 pun tido.
Kenapa malam? Sebab siang kau ada pembantu2 yang sukarela. YAAAA...anak2 ku
yang dikasihi. Haha. Jadi, melukis malam lebih FOKUS!
RAMAAAIIII yang tanya, tak penat ke? Siang jaga anak, buat
kerja rumah(i'm a housewife), malam melukis lagi. Nak buek camno. Cari rezeki.
DAN SAYA MINAT!
Jadi, kalau korang pernah buat tempahan melukis kat sesiapa,
jangan pelik kenapa lama nak siap. Sebab2 antaranya adalah seperti di atas.
Melainkan kalau mereka2 tiada komitmen lain atau memang bekerja sebagai pelukis
sepenuh masa. Pelukis sepenuh masa pun busy tau.
HAAA..ni la dia Avril Lavigne. Dulu berjela beli gelang
banyak2 pakai kat tangan konon2 nak gaya macam dia.
Yang ini pun melukis time semangat berkobar2. kajol
Orait, ini adalah tempahan dari rakan2. Thank you korang
sudi order. Ade yang repeated customer lagi tu. TQ sangat!
Jadi pelukis ni bukan semuanya lukis terus menjadi tau.
Pelukis tu akan cuba dan cuba lukis lagi sehingga lukisan tu akan menjadi lebih
real atau akan berada di tahap yang lebih baik. Macam saya, bertahun juga nak
asah bakat tu. Sekarang pun masih belajar lagi. Masih banyak yang perlu
improve. Bukan takat melukis sahaja, tapi kena tahu medium, stroke garisan dan
pelbagai lagi dan sebenarnya banyak lagi yang sy kena tahu. Jadi camna nak
tahu, kena rajin bertanya dan buat muka tebal utk dapatkan ilmu. Sorila pada
sesiapa yang saya kerap tanya. Saya anak murid amateur. Baru belajar. Hehe.
Korang nak tau lagi pasal lukisan? pasal minat? pasal hobi ni? Ada lukis selain
potret??Tunggu next entry. Akan kita sembang lebih!
p/s: Ya, ini blog baru. Khas untuk entry seni saya :)
byLilisari.